Wednesday, 31 May 2017

SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL


Media sosial merupakan platform interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi yang biasa.  Lokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas.  Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Kim & KO, 2012), “ Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industry kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran.  Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan”. 
Pemasaran secara atas talian ini menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini.  Pernyataan ini disokong oleh Mogan et al. (2006) dimana “ di dalam kajian mereka menyatakan teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah “ .  Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpukan kepada elemen kebolehlihatan yang perlu diberi penekanan khusus oleh usahawan bagi memastikan penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dapat digunakan dengan lebih efektif dan terurus.

Menurut Junco (2010), “ Media sosial melibatkan beberapa elemen penting yang terdiri daparipada himpunan laman web, perkhidmatan dan aktiviti yang menjalankan beberapa proses yang terlibat termasuk proses kolaborasi, perkongsian dan pendemokrasian pengguna internet”.  Menurut  Rothschild (2011), “ pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuklah forum di internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking.  Variasi pendekatan cabang media sosial ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi antara pengguna internet.  Tambahan pula, menurut Erdogmus & Cicek, 2012 “ media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti ” .

Menurut Alexa (2012), “ beliau mencatat lima media social teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti oleh Twitter,  Linkedln, Google+ dan Pinerest.  Facebook yang pada awalnya diasaskan oleh Mark Zuckerberg sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi mahasiswa Harvard sahaja, namun kini menjadi media social paling fenomena di dunia.  Pada Jun 2011 Facebook melaporkan telah mencapai 750 juta pengguna.  Manakala Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna yang aktif pada tahun 2011

Apabila internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju maka media sosial berkembang pesat juga.  “ Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan telefon bimbit” seperti yang dikentengahkan oleh (luik 2010.  Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan factor pendorong dalam kejayaan media sosial.  Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa.  Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikaso seperti mesej, muat naik ataupun muat turun gambar, permainan, chat, muzik, tayangan video menyebabkan penggunanya sentiasa menghabiskan masa di hadapan skrin gadget miliknya.

Sehabagian besar pengguna media sosial di dunia ialah golongan generasi muda yang dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau awal 90-an,  menurut Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna didominasi oleh wanita dan berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial.  Mereka menggunakan dengan pesat media baru dan teknologi terkini.  Mereka berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan Internet dan aplikasinya.  Mereka sangat cenderung untuk melibatkan diri dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ ataupun You Tube.

Fenomena media sosial tentunya juga melanda Indonesia, negara yang mempunyai populasi penduduk terbesar nombor empat di dunia setelah RRC, India dan Amerika Syarikat (US Cencus Bereau 2012).  Berdasarkan data sosialbakers (2012), Indonesia menduduki nombor empat sebagai negara pengguna Facebook terbesar di dunia dengan bilangan pengguna 49, 948,800 dan Facebook di Indonesia didominasi oleh kalangan generasi muda berusia 18-24 tahun sebanyak 21,477,984 pengguna, diikuti oleh usia 25-43 tahun.  Manakala dai segi jantina, terdapat 59% pengguna lelaki dan 41% pengguna wanita di Indonesia seperti yang diutarakan oleh (sosialbakers 2012).

Populariti media sosial bukan hanya berkembang pesat di Jakarta, Ibu Kota negara Indonesia, tetapi ia juga turut menyebar ke kawasan lainya, seperti Pulau Sumatera.  Di Jakarta sahaja pengguna Facebook mencapai 11,658,760 seperti yang diutarakan oleh (socialbakers 2012) dan masih lagi menduduki peringkat pertama penyumbang tweet terbanyak di dunia, diikuti oleh Tokyo dan London ( DetikInet 2012 ).  Antara sepuluh kota besar dengan Tweet terbanyak di Indonesia dipegang oleh Jakarta (16.33%), Bandung (13.79%), Yogjakarta (11.05%), semarang (8.92%), Surabaya (8.21%), Malang (7.41%), Bali (6.01%), Riau (4.66%) dan Palembang (3.62%) seperti yang di sokong oleh (Iyaa (2012).

No comments:

Post a Comment

Calaraya 2016 by CalaQisya