Faktor
Mengapa Laman Sosial Menjadi Pilihan Untuk Perniagaan?Terdapat dua faktor mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.Faktor Pertama adalah Lubuk Jualan.Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku.Bayangkan jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar.Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
Faktor kedua adalah khidmat media social ini memasarkan produk secara percuma. Laman sosial tidak memerlukan sebang kos untuk anda mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman sosial ini.Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan pemasaran sacara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau entri di dalam laman sosial.
Pendek kata, anda membuat satu entri atau post, rakan-rakan anda akan dapat terus post tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh share dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral Marketing.Kesimpulannya, perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman sosial.
No comments:
Post a Comment