PENDIDIKAN ICT PERNIAGAAN
....
Friday, 2 June 2017
Wednesday, 31 May 2017
Tuesday, 30 May 2017
KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT
Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:
- Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KPM atau pihak luar
- Menghadiri latihan dalaman sekolah
- Meneroka sendiri melalui web atau e-pembelajaran
- Belajar sambil bekerja (On-the-job training)
- Melalui rakan sejawat
- Mengajar
Peningkatan kemahiran bermula dengan minat, kesedaran, keperluan dan motivasi untuk belajar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. Selepas mengikuti latihan kemahiran, individu mesti menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam menjalankan tugas harian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan memperoleh lebih banyak kemahiran. Kemahiran ini juga boleh dipindah ke penggunaan program yang baharu.
Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman berkaitan kemahiran yang diperoleh.
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
Kepentingan media social dalam perniagaan
Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini telah membawa Internet melalui proses transformasi dalam memasuki fasa baharu (1). Pada peringkat awal kemunculannya, Internet telah menarik minat ramai orang untuk tujuan pencarian maklumat secara mudah dan pantas, walaupun pada masa itu ia hanya mampu menawarkan aliran komunikasi sehala (2). Penggunaan Internet terus meningkat seiring dengan proses transformasi yang menggerakkannya daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aktiviti secara dalam talian (2). Kini, Internet bukan sahaja berperanan untuk kegunaan peribadi tetapi turut digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis perniagaan. Dalam perniagaan pelancongan khususnya,Carson (2005) telah mengemukakan lima peranan penting Internet iaitu komunikasi, promosi, pengagihan produk, pengurusan dan penyelidikan. Menurut Gunelius (2011), proses transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga ia bergerak daripada medium transaksi kepada medium sosial yang menawarkan komunikasi dua hala. Generasi baharu Internet ini dikenali sebagai media sosial.
Kemunculan media sosial didapati telah mengubah pengetahuan, keperluan dan jangkaan pengguna dari sudut carian maklumat, perkongsian maklumat dan proses membuat keputusan (3). Kini, orang ramai mula menggunakan media sosial sebagai platform urus niaga untuk aktiviti pembelian, membuat pertanyaan dan untuk mendapatkan maklum balas (3). Dari sudut organisasi perniagaan, media sosial membolehkan aktiviti seperti penyampaian maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dilaksanakan dengan lebih baik (4).Jadi, tidak hairanlah sekiranya dapat kita lihat pada hari ini hampir setiap perniagaan akan menggunakan manfaat daripada perkembangan teknologi ini sebagai peluang untuk mereka memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran yang lebih besar. Trend ini secara tidak langsung turut mempengaruhi perniagaan dalam industri pelancongan yang merupakan salah satu daripada industri terbesar dan terpantas berkembang di dunia (5). Di sini, kepentingan media sosial dalam bidang perniagaan akan dibincangkan dan dikupas lagi. Bersosial di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada masa kini. Cuba bandingkan pada waktu dahulu di mana tiada talian internet, perhubungan seperti majlis keramaian menjadi tempat utama untuk bersosial di samping majlis-majlis lain.Namun kini, laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial lain menjadi alternatif bagi tujuan untuk bersosial.
Monday, 29 May 2017
FAKTOR PEMILIHAN LAMAN SOSIAL DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Faktor
Mengapa Laman Sosial Menjadi Pilihan Untuk Perniagaan?Terdapat dua faktor mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.Faktor Pertama adalah Lubuk Jualan.Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku.Bayangkan jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar.Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
Faktor kedua adalah khidmat media social ini memasarkan produk secara percuma. Laman sosial tidak memerlukan sebang kos untuk anda mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman sosial ini.Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan pemasaran sacara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau entri di dalam laman sosial.
Pendek kata, anda membuat satu entri atau post, rakan-rakan anda akan dapat terus post tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh share dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral Marketing.Kesimpulannya, perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke ...
-
Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya : Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KP...
-
Dalam menongkah arus pemodenan yang kian tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan ini setiap guru perlu menyediakan diri dengan ...