Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:
- Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KPM atau pihak luar
- Menghadiri latihan dalaman sekolah
- Meneroka sendiri melalui web atau e-pembelajaran
- Belajar sambil bekerja (On-the-job training)
- Melalui rakan sejawat
- Mengajar
Peningkatan kemahiran bermula dengan minat, kesedaran, keperluan dan motivasi untuk belajar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. Selepas mengikuti latihan kemahiran, individu mesti menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam menjalankan tugas harian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan memperoleh lebih banyak kemahiran. Kemahiran ini juga boleh dipindah ke penggunaan program yang baharu.
Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman berkaitan kemahiran yang diperoleh.
No comments:
Post a Comment