Platform media sosial yang tidak tepat.
Khidamat media sosial yang terbaik perlulah dipilih sesuai dengan kadar peratus pengguna media sosial disesuatu negara. Contohnya di Malaysia, terdapat beberapa perkhidmatan media social yang mnejadi pilihan pengguna-pengguna khidmat sosial di negara ini. Antaranya ialah facebook,twitter serta instagram. Pengiklanan melalui khidmat yang betul dapat menarik pengguna khidmat di media sosial ini untuk melihat iklan iklan perniagaan yang dipaprkan. Bayangkan di Malaysia sahaja hampir separuh daripada rakyat di negara ini memiliki akaun facebook.Hal ini dapat meyediakn platform yang luas bagi mengiklan sesuatu perniagaan. Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Rothschild (2011), pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi antara pengguna internet.Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti (10). Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (4). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Pernyataan ini disokong oleh Morgan et al. (2006) di dalam kajian mereka menyatakan teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpukan kepada elemen kebolehlihatan yang perlu diberi penekanan khusus oleh usahawan bagi memastikan penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dapat digunakan dengan lebih efekif dan terurus. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi penekanan kepada aspek penggunaan aplikasi media sosial yang bertunjangkan kepada perspektif kebolehlihatan. Elemen kebolehlihatan dibincangkan secara lebih terperinci berkenaan penggunaan media sosial bagi tujuan memperkasakan proses pemasaran terhadap usahawan IKS khususnya dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing di peringkat global. Teori yang telah dikenalpasti iaitu teori paradigma komunikasi baharu, teori pengaruh sosial dan teori pengkayaan media menjadi teras kepada pembangunan elemen kebolehlihatan yang menjadikan ia lebih berbentuk ilmiah dan lebih praktikal. Pembangunan elemen kebolehlihatan media sosial ini secara tidak langsung mampu memandu golongan usahawan IKS khususnya lebih praktikal dalam usaha mempertingkatkan keupayaan golongan ini menggunakan aplikasi media sosial ini dengan lebih efisyen dan sistematik.
Para peniaga begitu sibuk menguruskan perniagaan mereka sehingga tiada masa untuk mengiklankan produk mereka di media social.Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengiklanan merupakan senjata utama seusatu perniagaan.Khidmat seseorang perlulah di gunakan khas bagi urusan yang melibatkan perniagaan di media social.Pelanggan yang melayari media social ini akan tertarik dengan cara anda menguruskan perniagaan anda di media social. Penggunaan media sosial yang lebih bercirikan dinamik dan berintegrasiperlu menekankan kepada faktor kebolehlihatan yang tinggi semasa penggunaannya. Faktor kebolehlihatan (visibility) merupakan faktor yang perlu perhatian oleh usahawan terutama sektor IKS untuk berdaya saing dan mendapat perhatian daripada pengguna internet.Lim (2011) dalam kajian yang dijalankan mengatakan terdapat dua kaedah untuk memastikan kebolehlihatan sesuatu laman web di dunia siber, pertama adalah disebabkan berapa banyak bilangan capaian laman web luaran yang berpaut terhadap laman web tersebut.Manakala kaedah kedua adalah dari aspek nilai sesebuah objek, isu dan kumpulan pengguna yang bertindak sebagai agen kepada kebolehlihatan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjadikan laman web atau laman media sosial itu lebih menonjol dan terserlah di kalangan kumpulan pengguna sendiri secara khusus mahu pun pengguna biasa. Pernyataan ini disokong oleh Hernandez (2009) yang menyatakan strategi utama untuk berjaya dan lebih terkehadapan adalah berdasarkan kualiti maklumat, kualiti sistem dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platfom ini. Pengguna akan berubah daripada pelawat biasa kepada pengguna yang setia disebabkan beberapa faktor yang disebutkan di atas. Oleh itu, faktor kebolehlihatan boleh memberi impak yang besar kepada usahawan IKS melalui penggunaan aplikasi media sosial sebagai alat pemasaran yang kompetetif.
2016 ford focus titanium | Titanium Art | TITanium Art
ReplyDelete2016 ford focus titanium · 2015-10-29 · titanium curling iron T-Mobile's $25m acquisition titanium uses of NextGen technology · 2020-04-24 · titanium blue ps4 controller NextGen 2018 ford fusion hybrid titanium is set to become the world's titanium grey largest
t121n3mriji930 penis sleeves,sex doll,dildos,penis pumps,masturbators,dog dildos,male sex toys,cheap sex toys,realistic dildo j238x8zvvrx789
ReplyDelete