- Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
- Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT sebagai alat P&P bermaksud menggunakan kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus (courseware), internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran Reka Cipta dan Lukisan Kejuruteraan).
- Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Monday, 8 May 2017
TIGA DASAR UTAMA DALAM ICT DALAM PENDIDIKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke ...
-
Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya : Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KP...
-
Dalam menongkah arus pemodenan yang kian tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan ini setiap guru perlu menyediakan diri dengan ...
No comments:
Post a Comment